Dulu, waktu kecik, ibu bapa kite ajar untuk sayang pada Allah. Tanpa banyak soal, kite pun follow je. Waktu kecik, semuanye macam arahan. Kite buat pakse rela je. Ikhlas ke x, ntahle.. Sebagai hamba Allah, kite sudah sememangnya kena sayang Allah tetapi kite sayang ibu bapa kita sebab Allah yang perintahkan. Memang kasih sayang yang dicurahkan melimpah ruah & alhamdulillah itu semua dari Allah.
Cube bayangkan for those yang xdapat nikmat tu? Allah nk uji hambaNya dengan bagi ibu bapa kaki botol, pelacur dan mcm2 lgi. Apakah mereka x patut syg Allah sebab parents diorg x suruh? Nehi! No! Daripada firman Allah dalam surah Luqman menyatakan yg kite kne hormat & taat ibu bapa kite selagi x bertentangan dgn perintah Allah. Itu sbb bgi yang beriman, mereka tetap sayang parents mereka walaupun ibu bapa mereka jahat. Mereka tahu bahawa itu adalah perintah Allah. Oleh itu, jgan dihina mereka, tetapi pohonlah pada Allah agar dibukakan pintu hati. InsyaAllah.
Jadi, untuk golongan yang bertuah punya parents yang penyayang, hargai nikmat yag ade. Sebab, eventually, mereka dan kite sendiri akn dipisahkan oleh kematian. Jgan sesekali tinggikan suare, umpat belakang mereka serta tinggalkan mereka di rumah org2 tua. Engatlah, redha Allah terletak pada keredhaan kedua ibu bapa kite. Sentiaselah mendoakan kesejahteraan mereka agar kite menjadi ank soleh. Biarlah kite menjadi tiket pada mereke untuk jejakkan kaki di syurga. InsyaAllah.
Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).
Dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau mempersekutukan denganKu sesuatu yang engkau – dengan fikiran sihatmu – tidak mengetahui sungguh adanya maka janganlah engkau taat kepada mereka; dan bergaulah dengan mereka di dunia dengan cara yang baik. Dan turutlah jalan orang-orang yang rujuk kembali kepadaKu (dengan tauhid dan amal-amal yang soleh). Kemudian kepada Akulah tempat kembali kamu semuanya, maka Aku akan menerangkan kepada kamu segala yang kamu telah kerjakan. (Luqman:14-15)
| dari google search |
Hence, sayang lah ibu bapa kita demi mencari keredhaan Allah. :)