blaja sikit pasal anatomy semut :))
Terdapat sebuah kisah tentang semut yang boleh kita ambil
pelajaran.
So, here goes..
Pada zaman nabi Sulaiman (insyaAllah betul), nabi Sulaiman
ada tanya pada semut, “berapa banyakkah makanan yang ia perlukan dalam
setahun.” Maka, semut tu un berkata, “sebutir gandum sudah cukup bagiku untuk
menampung keperluanku dalam setahun.”
Selepas itu, nabi Sulaiman un meletakkan sebiji gandum di
dalam botol bersama dengan semut tadi. Kemudian, nabi menutup mulut botol dan
membiarkan semut tersebut sambil memberitahu bahawa nabi akan melepaskannya
setahun kemudian.
Setelah SETAHUN berlalu, nabi Sulaiman menjenguk semut di
dalam botol tersebut. Namun, nabi hairan kerana nabi melihat bahawasanya semut
tersebut hanya makan separuh daripda biji gandum itu. Nabi pun bertanya kepada
semut mengapa dia hanya makan separuh daripada jumlah yang dia perlukan..
Sambil tersenyum, semut itu menjelaskan bahawa jika di luar botol rezekinya
dijamin sepenuhnya oleh Allah SWT dan dia yakin Allah akan mencukupkan
rezekinya. Sebab itu, dia x perlu risau dengan hakikat itu. Walau bagaimanapun,
apabila di kurung oleh manusia (nabi Sulaiman), dia mengambil langkah
berjaga-jaga dan berjimat cermat sebab tidak yakin dengan keprihatinan manusia.
Takut kalau2 manusia terlupa dan mengurungnya lebih dari setahun.. –THE END
Secara tuntasnya (:P), semut itu menunjukkan contoh bahawa
dia bergantung SEPENUHnya pada Allah SWT. Kita juga harus same-same mengikuti
jejak teladan semut itu. Diharap sama-sama dapat ambek pengajaran n diamalkan
dalam kehidupan seharian.InsyaAllah.
