Friday, August 27, 2010

hakmilik

.Hak milik.

Smalam, waktu tengah cuci baju, dengar a mp3. Set a lagu play secare shuffle. Kebetulan, dengar lagu yang hampir same maksud die berturut-turut. Tau pasal ape? Pasal laki nyanyi yang perempuan tu milik die. Again, milik die. Xkesa a laki nyanyi ke perempuan yang nyanyi. Tapi nk TEKAN kat sini yang maksud tu SALAH.

Actually, kite milik sape?... Allah. Orang laen milik sape?...Allah. Kite hambe sape?...Allah.
So, memang xbley lansung a nak kate orang tu milik kite ke x! Even kite "suke gile nk mampus" kat orang tu, die same skali XKAN jadi milik kite. Get my point? Hmm.. Kalu nak kate yang da kahwin tu.. same je.. Isteri/suami anda BUKAN milik anda! tapi anugerah..(ceyh..ckap mcm ade experience je) hahaha
Ok, serius balek. Tapi betul, even da kahwin pun, orang tu bukan milik kite tapi TANGGUNGJAWAB saja.

Nak luah skali lagi, kalu tedengar orang kate cmtu, pinta tolong perbetulkan. Takut penyakit hati akan muncul. Umpama kite ni same hebat dengan tuhan kite. Nauzubillah.. Kepade yang membace, Maaf a. Sye ni ske merojakkan bahase. Xkesa, janji anda paham.. :)

Monday, August 23, 2010

Hinanya hati ini

Post ni xde kaitan dengan sesiapa yang membacanya, tetapi dengan penulisnya. Ini hanya muhasabah tentang diri saye. Kalau boleh di ambil iktibar, sama-samalah kite berubah.

HATI. Bermula tahun ini sye sedar yang hati sangat sangat maenkan peranan penting. Niat, perasaan & segalanya bermula dari HATI. Baru-baru ni ade tazkirah tentang tompok hitam. Tompok ni sangat senang nk dapat tapi susah nk hilang.. Cnthnye, tetgok aurat bkn mahram, tuuppp! terus dpat tompok tu. Mengumpat, tuupp! dapat lagi. Cube kire, kalu sehari, brape bnyk tompok hitam kite dpat? Da a hati kite kecik je size die. By the time, hati kite(hati saye) mesti da kotor gile nk mampus a..Astaghfirullahalazim..
So, care nk hilangkan tompok2 hitam tu, bnykkan bezikir, bace Quran & doa kepada Pencipta. Bukan nk kate ape, tapi SANGAT SUSAH nk jge hati ni. Jadi, sentiaselah bersikap tawaduk. Ketahuilah betape kecik & hinenye diri ini.

" Ilmu ibarat cahaya. Ilmu tidak akan tembus hati yang gelap.." 

" Senjata orang muslim ialah doa. Senjata syaitan ialah PEREMPUAN. "

Renung-renungkan ayat kat atas.. Nanti ade kesempatan, insyaAllh akan dihuraikan..

Wednesday, August 18, 2010

Kaum Hawa

Perempuan. Allah menjadikannya sangat istimewa. Anak perempuan yang solehah merupakan kunci kepada ibu bapanya untuk masuk ke syurga dan begitu juge sebaliknye. Ade satu cerita tentang tu, tapi nanti a cite.. Ni post peringatan ek. Ade 4 golongan yang akan ditarik oleh kaum hawa apabila mereka dihisab.

1) Suami

2) Bapa

3) Abang

4) Adik lelaki

Jadi, kepada sesiapa yang ade jawatan tersebut, tolonglah tegur dan nasihatilah mereka agar anda x dipersoalkan kelak. As for the ladies, even neither of them tegur korang, tapi jagalah diri. Engat, kita buat bukan untuk kite, tapi untuk orang yang kita sayang. Can u just imagined that u are the reason your father can not steps into heaven? No way! 

Peristiwa wanita ke neraka pada malam isra' mikraj...

Sayidina Ali k.w. berkata: “Saya dengan Fatimah pergi menghadap Rasulullah s.a.w. Kami dapati beliau sedang menangis, lalu kami bertanya kepadanya, apakah yang menyebabkan ayahanda menangis, ya Rasulullah?” Baginda s.a.w. menjawab: “Pada malam aku diisrak hingga ke langit, di sana aku melihat perempuan dalam keadaan amat dahsyat. Dengan sebab itu aku menangis mengenangkan azab yang diterima mereka.”
Ali bertanya: “Apakah yang ayahanda lihat di sana?” Rasulullah s.a.w. menjawab: “Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otak kepalanya menggelegak. Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dicurah ke dalam halkumnya (tekak).

“Aku lihat perempuan yang digantung kedua-dua kakinya terikat, tangannya diikat ke ubun-ubunnya, didatangkan ular dan kala. Aku lihat perempuan yang memakan dagingnya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka. Aku lihat perempuan mukanya hitam dan memakan tali perutnya sendiri. “Aku lihat perempuan yang telinga pekak dan matanya buta, diisikan ke dalam peti yang diperbuat daripada api neraka, otaknya keluar daripada lubang hidung, badan bau busuk kerana penyakit kusta dan sopak.

“Aku lihat perempuan yang kepalanya seperti babi, badannya seperti himar dengan pelbagai kesengsaraan dihadapinya. Aku lihat perempuan yang rupanya seperti anjing, kala dan ular masuk ke kemaluannya, mulut dan pelepasnya (punggung). Malaikat memukulnya dengan corong api neraka.”
Fatimah pun bertanya kepada ayahandanya: “Ayahanda yang dikasihi, beritakanlah kepada anakanda, apakah kesalahan yang dilakukan oleh perempuan itu?”

Rasulullah s.a.w. menjawab: “Fatimah, adapun perempuan tergantung rambutnya itu adalah perempuan yang tidak menutup rambut daripada bukan muhrimnya. Perempuan tergantung lidahnya ialah perempuan yang menggunakan lidahnya untuk memaki dan menyakiti hati suaminya.
“Perempuan yang digantung susunya adalah perempuan yang menyusukan anak orang lain tanpa izin suaminya. Perempuan kedua-dua kakinya tergantung itu ialah perempuan yang keluar dari rumahnya tanpa izin suaminya.

“Perempuan tidak mahu mandi daripada suci haid dan nifas ialah perempuan yang memakan badannya sendiri, juga kerana ia berhias untuk lelaki bukan suaminya dan suka mengumpat orang.
“Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka kerana ia memperkenalkan dirinya kepada orang asing, bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat lelaki lain.
“Perempuan diikat kedua kakinya dan tangannya ke atas ubun-ubunnya, disuakan ular dan kala kepadanya kerana ia boleh sembahyang tetapi tidak mengerjakannya dan tidak mandi janabah.
“Perempuan kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah ahli pengumpat dan pendusta. Perempuan rupanya seperti anjing ialah perempuan yang suka membuat fitnah dan membenci suaminya.

Seterusnya Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Perempuan menyakit hati suami dengan lidahnya pada hari kiamat nanti Allah jadikan lidahnya sepanjang 70 hasta kemudian diikat di belakang tengkoknya.”
Abu Bakar as-Sidik mengatakan, aku dengar Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Perempuan menggunakan lidah untuk menyakiti hati suaminya ia akan dilaknat dan kemurkaan Allah.”
Usamah bin Zaid menceritakan, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Aku berdiri di atas syurga, kebanyakan yang masuk ke dalamnya adalah golongan miskin dan orang kaya tertahan di luar pintu syurga kerana dihisab. Selain daripada itu ahli neraka diperintahkan masuk ke dalam neraka, dan aku berdiri di atas pintu neraka, aku lihat kebanyakan yang masuk ke dalam neraka adalah perempuan.”

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Aku lihat api neraka, tidak pernah aku melihatnya seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya aku saksikan kebanyakan ahli neraka adalah perempuan.”
Rasulullah s.a.w. ditanya, mengapa ya Rasulullah? Baginda s.a.w. menjawab: “Perempuan mengkufurkan suaminya dan mengkufurkan ihsannya, Jika engkau membuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia belum berpuas hati dan cukup.” (Hadis riwayat Bukhari)